Friday, August 24, 2012

Van Persie dan Manchester Utd


Salam hari raya semua.

Seperti yang kita ketahui, Arsenal gagal menjaringkan sebarang gol ketika bertemu Sunderland malam raya lalu. Dan paling perit, Manchester Utd tewas dalam pertemuan menentang Everton dengan pemain barunya, Robin Van Persie yang dimasukkan pada separuh masa kedua juga gagal menemui rentak.

Peminat Arsenal tidak perlu bimbang dengan pemergian RVP ke Man Utd kerana Arsenal sentiasa akan bertemu pengganti. Cuma masalahnya, piala saja yang tidak kunjung tiba ke Emirates. Ini perkara pokok yang bermain di kotak fikiran para peminat sekarang kerana apa yang mereka mahukan hanyalah piala. Kita tidak perlu ambil kisah jika Van Persie mahu ke mana sekalipun asalkan ada pengganti yang lebih baik yang mana mampu menghadiahkan trofi. Sesungguhnya, kami amat dahagakan trofi yang sudah hampir 7 tahun kemaraunya. 

Aku yakin kebanyakan yang marahkan RVP keluar adalah kerana dia keluar dari Arsenal untuk memperkuatkan pasukan musuh. Bagi aku, ini perkara biasa dalam bolasepak. Jika kita tak mahu musuh lebih kuat, maka kita sendiri harus lebih kuat. Namun, aku percaya yang Man Utd bukanlah tempat terbaik untuk RVP kerana corak permainan Man Utd yang berbeza daripada Arsenal memungkinkan beliau tidak sesuai berada di situ. Mungkin beliau lebih sesuai ke Barcelona ataupun Bayern Munchen.

Tidak ada apa yang harus kita tangiskan dengan pemergian RVP ke Man Utd kerana Man Utd tidak akan menjadi lebih kuat pun. Yang perlu kita tangiskan adalah pemergian bakat yang digilap Wenger bertahun lamanya, Song ke Barcelona. Itulah kerugian sebenar kita.



Pergilah engkau mencari piala wahai Robin!

No comments:

 
Google Analytics Alternative