Friday, July 20, 2012

Syabas Inspektor Sahab!!


Aku menyokong penuh langkah kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas. Syabas sudah semacam sebuah parti politik di mana kebanyakan komen dan tindakan mereka sering bertentangan dengan kerajaan negeri. Masakan tidak, pengurusan tertinggi mereka adalah terdiri daripada kroni Umno dan tidak hairanlah mereka boleh mengugut kerajaan negeri.

Dikhabarkan Syabas berhutang banyak dengan Puncak Niaga dan mereka mahu menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa dengan menaikkan tarif air bagi menyelesaikan hutang mereka dengan Puncak Niaga. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor yang bertegas untuk mengambil alih pengurusan Syabas supaya mereka tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan berteraskan keuntungan.

Cerita krisis air dan kolam imbangan kering adalah suatu cerita yang direka-reka dan dijaja sebagai propaganda untuk menakutkan rakyat Selangor. Ini adalah suatu taktik jahat dan tidak bertanggungjawab kerana sebagai konsesi air yang menjaga kepentingan air Selangor, mereka sepatutnya membebaskan diri mereka daripada terikat dan tertakluk kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik. 

Akhir sekali, sebagai seorang yang pernah dan sedang berurusan dengan Syabas, aku merasakan amat perlu Syabas dirombak kerana sistem kerja mereka yang tidak efisien dan mengarut. Orang putih kata 'bullshit'. Bukan saja menyusahkan pengguna, malah menyukarkan client. Elok saja mereka yang gila kuasa ini dicampak ke dalam lombong atau diberi mandat menjaga kolam najis.

No comments:

 
Google Analytics Alternative