Wednesday, March 14, 2012

Musim Kahwin

Tahun 2012 ni menyaksikan hampir kebanyakan kawan-kawan aku naik pelamin atau dalam bahasa mudahnya, membuat syaitan menangis. Baik kawan dari sekolah rendah, menengah, satu universiti, semuanya pakat menikah ramai-ramai tahun ni. Maklumlah, umur pertengahan 20-an ni memang orang kata dah waktu puncak untuk menikah. Macam dah tak tahan ler orang kata. Keh keh keh.


Jadi, bila aku balik ke kampung ataupun berjumpa member-member, tidak hairanlah aku juga terkena tempias soalan, " Wei, ko bila lagi? Kerja takkan tak boleh kumpul duit kot".  Ya, alasan aku tak lain dan tak bukan adalah wang. Err, dan ilmu di dada yang masih belum mencukupi. Duit boleh dicari kan tapi ilmu kekeluargaan untuk membawa isteri ke redha Allah mestilah dicari sama. Oleh itu, aku menetapkan dalam jangka masa 5 tahun lagi, Insyaallah.


Bukan apa, sakit hati jugak tengok member-member dah kahwin ni. Siap dah nak tambah anak kedua pulak tu. Haishhh. Apapun, aku menjangkakan kalendar aku pada tahun ni memang penuh dengan undangan kahwin kawan termasuklah di Johor. Pada akhirnya, yang untungnya adalah aku juga. Dapat juga aku merasa makan nasi minyak percuma. :)

6 comments:

mmsyah said...

lama nye 5thn lagi?
slalunya lepas je grad, trus kawen. bukan sebab tak tahan.tapi sebab nak elakkan fitnah. kawen awalkan bagus.kalo 5thn lagi, maknanya kau da 30. nanti anak kau da 20, kau da 50. tak ke seksa nak hantar beliau masuk U sume? kawen je cepat mior. duit tuh dalam masa setahun pon bule kumpul. insya allah. benda baik ni kalo nak buat, Allah tolong tao. tp, kalo dah set 5thn, ak doakan xsampai 5thn kau da kawen lah. ameen...

eJAI said...

Aku umur 50 pastu anak umur 20 ek?Lebih kurang macam parents aku la. Time aku cecah 20, dorang dah pun melewati 50an. Tapi still leh je untuk survive. haha. Aku set je 5 tahun sebab mak aku cakap umur 30 baru boleh kahwin. Kecewa sikit le..Hahah. Ko bile?

mmsyah said...

perghhh...mak kau cakap gitu ke?
kalo gitu memang tak makan saman lah aku punya nasihat tuh. member2 U ak kebanyakan nye da kawen. tapi bukan 1 kos la. cuma pernah dalam satu wadah. bukan sebab jeles tengok dorang dah kawen. tapi, cam ak cakap kat atas tuh la. nanti kau da nak pencen, anak2 kau masih kecik lagi. takde orang nak cover blanja isi rumah. patutnya macam ko da nak pencen, adalah pelapis. paling2 tidak pon dalam 10thn. nanti da pencen, senang la. tu je. lagipon, kawen best dow!

eJAI said...

biasalah hati orang tua kita kena jaga juga. hehehe. Ko ni cakap kawen best, ko bile nak kawen?

mmsyah said...

nanti da nak sampai waktunya, ak kasilah kad kat kau. sabar je lah. tapi takdelah nak tunggu sampai 5thn. mana tahan bai...bhahahahah!

eJAI said...

amboi..tak tahan ye. bagusla. Tak elok lama2 ni. Kang jadi lain. Kekekeke...

 
Google Analytics Alternative