Tuesday, January 24, 2012

Kembara Seorang Jurutera

Jurutera


Sebenarnya, mungkin selepas ini aku akan lebih banyak mengupas mengenai profesion aku sebagai seorang jurutera yang dibayar rendah ni sambil tidak mengenepikan cerita-cerita menarik yang ada berlaku di sekeliling aku. Bersesuaian dengan tajuk blog ni sebagai wadah kembara aku, maka atas alasan itulah aku tampil dengan lebih banyak cerita seorang jurutera. 

Hatta walaubagaimanapun, bukan ada orang kisah pun aku nak tulis apa, ye dok? Cuma apabila aku lihat trafik blog ni sebenarnya tidaklah rendah sangat dan sentiasa berpengunjung cuma kome malas nak komen ya. Hehe. Namun, aku tak kisah itu semua. Yang penting, dapat manfaat sedikit sebanyak. Kalau tak banyak pun, sikit pun jadilah.

Nasihat aku sebagai kepada mereka yang menyimpan impian untuk bergelar jurutera, mulakan dari bawah. Kalau dapat peluang bekerja di syarikat besar seperti Proton, Petronas atau MMHE, itu satu rezeki terpijak. Tapi jika, tak dapat pun, mulakan dari company kecik-kecik. Tak boleh memilih sangat. Tambahan pula, kalau nak join konsultan. Kita dapat mengumpul banyak pengalaman bila join konsultan kecik-kecik ni. Dari sekecil-kecil benda simple seperti melipat drawing, membuat kerja binding, mengendalikan mesin fotostat atau menjadi despatch, semua tu pengalaman. 

Walaupun kita akan merungut kerana buat kerja macam ofis boy tapi itu sebenarnya pelajaran yang berguna untuk masa depan kelak. Bila kita dah 'cekup' semua benda-benda simple ni, dijamin kita takkan ada masalah bila lompat ke company-company besar sebab kita dah tau macamana kerja orang bawahan kita. Contohnya bila kau dah join company besar, kau boleh je suruh budak junior lipat drawing. Tapi kalau kau sendiri tak tahu macam mana nak lipat drawing, kan problem namanya tu. 

Sekian, pelajaran kejuruteraan hari ini. :)


Kredit sumber gambar: http://senggara.wordpress.com/2012/05/26/artikel-pilihan-jurutera-muda/

2 comments:

admin UPIKE CKE said...

Sila Tuan nyatakan sumber gambar tersebut diperolehi.... sila rujuk terma di http://senggara.wordpress.com/pengistiharan/

admin.

eJAI said...

terlebih dahulu, jutaan maaf saya pohon kerana tidak menyatakan sumber gambar tersebut kerana pada asalnya memang saya tidak terjumpa sumber sahih gambar tersebut kerana ia hanya berdasarkan carian rawak saya di google.

saya sudah meletakkan kredit di post tersebut dan jika tuan mahu saya remove gambar tersebut, harap tuan maklumkan kepada saya.

terima kasih di atas teguran tuan.

 
Google Analytics Alternative