Tuesday, March 01, 2011

Komplot?

Para wartawan London News berjaya memperolehi sumber yang mengatakan ada pertemuan antara Laurent Koscielny dan Alex McLeish yakni pengurus Birmingham. Pertemuan yang berlaku malam sebelum final berdekatan Wembley Street dipercayai ada kaitan dengan perlawanan final Carling Cup yang berlangsung semalam di mana Arsenal tewas 1-2 hasil kesilapan antara penjaga gol dan Koscielny memberikan kemenangan saat akhir kepada Birmingham.


Berbalik kepada cerita pertemuan itu, ia berlaku pada pukul 11.30pm di mana Koscielny ditemani seseorang dipercayai pengurus peribadi beliau dan menunggu hampir 5 minit di jalan tersebut. Alex McLeish yang memandu Bentley berseorangan kemudian tiba di kawasan tersebut dan Koscielny dilihat masuk ke dalam kereta beliau. Hampir setengah jam kemudian barulah Koscielny dilihat keluar dari kereta Bentley McLeish sambil membimbit sebuah beg seakan dalam filem James Bond. Alex McLeish mula meninggalkan kawasan tersebut diikuti Koscielny 3 minit kemudian. Apa yang mereka bualkan dalam kereta tersebut tidaklah diketahui.


Dan, malam final esoknya..........


Oppss...



 And thy shall score....



Sorry..My mistake.....


Sumber: Link

No comments:

 
Google Analytics Alternative