Saturday, May 01, 2010

Brader

Itu hari masa aku jaga production line kat satu kilang multinasional ni, aku ada perasan satu brader.

Aku usha je brader ni dari jauh sambil packing barang. Rambut brader ni panjang paras bahu. Ada la cecah sikit kat uniform dia. Dia punya potongan seluar pulak memang sempit habis kat bahagian kaki. Aku ingat ada la dia cutting sampai 5 inci. Jambang brader ni pulak memang tahap Ramli Sarip kot. Er, kurang sikitla..

Dari kejauhan, aku nampak brader ni membuat gerak bibir seakan menyanyi sambil menolak troli. Fuh, aku dah syak dah brader ni memang layan rock parang ni. Tahap layan Cromok, May, Febians. Takpun paling busuk pun layan Umbrella. Nak lagi busuk, dia layan band Primary kot. 

Brader tu dah makin dekat dengan line aku. Siulan lagu yang dia nyanyikan makin lama makin kuat. Aku dah mula cemas pikir brader ni layan band apa la dengan penampilan dia sebegitu. Dengan itu, dapatlah aku melihat dan membuat kajian, adakah penampilan boleh mempengaruhi minat muzik seseorang.

Lintas aje brader ni dekat line, lirik lagu brader ni makin menangkap dalam telinga aku. Brader ni tanpa segan silu muka hepi riang menyanyikan......


"Please..Please...Please...Kamu jangan nakal...Nanti aku bawa.....apa yang kau pesan..."


Brader tu dah habis lintas line aku. Suara sepoi-sepoi dia makin lama makin halus. Aku termenung kejap. Rupanya, penampilan atau pemakaian seseorang individu tiada kaitan dengan citarasa muzik dia. Benarlah kata pujangga.

No comments:

 
Google Analytics Alternative