Saturday, November 14, 2009

Empat Saja Yang Ada


Petang tadi harapan aku nak tengok satu lagi pasukan Asia layak ke Afrika Selatan tak kesampaian apabila Bahrain tumpas dengan jaringan 1-0 dengan New Zealand. Macamana aku boleh tengok game ni pun, mungkin sebab petang tadi takde cerita best kot kat tv. Takkan nak layan cerita Hindustan kat TV3, ape barang? Cerita Hindustan ni kejap je orang Malaysia minat. Dulu orang boleh layan 3 cd yang makan masa 3 jam yang ada Shah Rukh Khan berlakon. Kalau takde Shah Rukh Khan berlakon pun, mesti yang ada Khan-Khan jugak. Kalau takde, memang orang tak amik pot nak tengok punya. Tapi tu dulu la. Skang ni mana orang nak layan Hindustan lagi dah. Yang TV3 dok siar lagi tuh, nak buat apa? Tapi aku dengar mereka yang berbangsa India masih lagi menonton filem-filem dari Bollywood ni. Aku ingat orang Melayu yang tengok Hindustan ada berapa kerat je dalam Malaysia ni. Maklumlah, orang Melayu kan cepat jemu. Tengok jelah Akademi Fantasial tuh, sampai 7 musim dah skang. Jemu aku tengok tergedik sana, tergedik sini. Tak tahulah kalau yang kepala batu tu nak buat sampai 16 musim memang aku tendang tv tu.


Eh, jap. Aku sebenarnya nak cerita pasal kelayakan Piala Dunia tadi. Banyak pula melalut. Ok. Kalau tengok game Bahrain - New Zealand tadi memang menyedihkan. Aku tengok dua-dua team memang main cap ayam. Tapi sebab Bahrain ni negara Islam dan Asia, maka secara tidak langsungnya, sokongan aku mestilah pada mereka. Bahrain memang kontrol game 1st half tapi caca marba bila masuk 2nd half. New Zealand ni sebenarnya bukanlah kuat sangat tapi Bahrain pulak memang tak mempergunakan kesempatan dan peluang yang ada. Korang tak ingat ke masa Brazil kitai New Zealand 4-0 masa friendly sebelum World Cup 2006 dulu. Bosan nak mampus tengok New Zealand main. Samalah macam game tadi, New Zealand nak hold bola pun tak boleh. Memang luck dorang la sebab Bahrain pulak tak perform. Aku agak, New Zealand ni antara team yang akan kena lauk kat Afrika nanti.

Berbalik kepada team Asia, aku rasa ralat bila team-team hebat Asia macam Iran dan Arab Saudi takde dalam World Cup tahun depan. Arab Saudi tu takpe lagi sebab kalah pun dengan Bahrain dalam play-off. Tapi slot untuk pasukan Asia ni sebenarnya dah kena rembat dengan Australia. Yang untungnya New Zealand la. Sebelum Australia join Asia, New Zealand memang harapanlah nak jejak kaki kat Piala Dunia kalau ada Australia. Australia dulu plak selalu kantoi kat play-off. Semenjak dua Piala Dunia yang latest ni, chances untuk Australia layak ke Piala Dunia memang cerah secerah muka kau menggunakan krim Safi Rania Gold.



Nilah kebengapan Mohamed Hammam dari Qatar ni. Tindakan dia menerima Australia ni memanglah masyuk dari segi publisiti dan pulangan tapi slot untuk pasukan yang truly Asia dah mengecil. Tak kiralah publisiti untuk Asia tapi kau dah memusnahkan harapan untuk satu slot pasukan Asia ke world cup. Hasilnya, pasukan macam Bahrain, Iran dan Arab Saudi susah untuk layak ke Piala Dunia. Kalau Malaysia lu orang jangan ceritalah. Kalau Sepp Blatter bagi satu slot percuma untuk Asia Tenggara pun jauh panggang dari api la kalau nak layak. Memang ibarat menunggu bulan jatuh ke ribalah. Jadi, kat sini nampak sangat kebodohan Presiden AFC ni. Perumpamaan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan memang kenalah dengan mamat Qatar ni. Aku rasa nak lempar je tv kat kepala dia bila tengok Bahrain tak layak tadi. Bahrain pun satu. Tak banyak try langsung. Penalti pulak tak masuk. New Zealand tu bukan kuat mana pun. Harap defend depa je kebal tadi. Ah, cerita banyak pun tak guna. Ni yang Perancis ni pulak macamanalah gamaknya pagi nanti.

No comments:

 
Google Analytics Alternative