Saturday, August 16, 2008

Akal Terencat, Minda Terbantut

Uitm memalukan dirinya sendiri akibat tindakan tidak berfaedah pelajarnya yang terlahir akibat dari rasa hanya nak berseronok-seronok dan saja-saja suka berkumpul.Boleh masuk paper dan tv.Mereka cuba menjadi jaguh dengan mendakwa ketuanan Melayu dari Uitm tidak boleh dipertikaikan.
Cadangan itu satu hal.Dalam zaman manipulasi media ini,apa saja yang keluar dari mulut seorang pembangkang akan segera dimanipulasi oleh media. Hanya yang jahil akan terus bangkit melahirkan amarah dan emosional tak bertempat hanya kerana satu cadangan yang diucapkan di satu majlis sukan Adidas King of the Road. Cadangan buka 10% kuota itu memang amat mustahil untuk dilaksanakan oleh menteri tersebut tetapi dek akibat keterujaan mahasiswa yang tidak menggunakan otak inilah yang telah melahirkan gejala demonstrasi yang telah merebak ke seluruh negara.

Pertama sekali,bolehkah menteri tersebut melaksanakan cadangan tersebut?Berkuasakah beliau dalam menentukan kuota tersebut?Jika jawapannya tidak, maka apa perlunya pelajar-pelajar ini berkumpul atau dalam bahasa kesatnya berdemonstrasi menghantar memorandum bantahan dan menyuruh beliau meminta maaf?Apa yang cuba dibuktikan di sini?Hak melayu?Cukup-cukuplah..

Kedua,bolehkah berdemonstrasi?Atau dalam bahasa media arus perdananya,'berkumpul'? Pernah dahulu menteri berkata demonstrasi bukan budaya kita sehingga ia dilaung-laungkan di media-media perdana. Maka, atas dasar apa kali ini berdemo dibolehkan apatah lagi ia melibatkan pelajar pula.Tanpa terjahan ganas FRU dan pancutan pemedih mata menampakkan amalan berdemo hampir mula diterima dan "keterbukaan" kerajaan terhadap amalan demo sekarang diucapkan terima kasih.

Ketiga,siapa dalang?Aku tak tahu dan tak mahu jawab.Sendiri fikirlah. Pelajar ini cuba membuktikan merekalah jaguh mempertahankan hak melayu bumiputera.Opss,bukan pelajar sahaja malah kepimpinan terbabit juga mendakwa perkara sama. Lantas mereka bersorak sorai menyanyikan lagu kebanggaan UiTM di depan pejabat menteri besar dan di tempat-tempat lain mereka berarak umpama hari kemerdekaan meminta jangan dipertikaikan hak melayu di UiTM.Lumrahnya,kalau diajak sahaja berdemo,nescaya akan turunlah pelajar-pelajar ini memegang sepanduk dan menyanyi macam tadi. Kalau dibuat di depan pejabat MB tu adalah juga rasionalnya tapi kalau dah kat tempat lain,apa yang mereka lakukan?Nak tau?Mereka hantar memorandum bantahan pada pengarah kampus!

Macam gempak tapi nak hantar dekat pengarah kampus sahaja yang ada dalam kampus tu memerlukan berpuluh,beratus atau beribu orang.
Nak tunjuk semangat pelajar mempertahankan bangsa?Tak payahlah.Jangan cerita pasal hak bangsa kalau dalam kampus sendiri ada pasangan duduk berduaan malam-malam dekat dataran,dressing boleh pulak ala barat, klip porno bersepah di internet dan macam-macam lagi yang berkaitan bangsa.

Kesimpulannya,cadangan tersebut adalah satu kejutan dan gesaan daripada lamunan untuk anak-anak melayu dan bumiputera terus memajukan diri dan tidak hanya berada di zon selesa dalam ruang lingkup persekitaran bangsa sendiri sahaja.Nilailah dengan minda bukan dengan hati.Ikut hati,mati.Wallahualam.

No comments:

 
Google Analytics Alternative